Tuhan Umat Kristian

Discovering God

Tuhan Umat Kristian

Fri May 15 2026

Kalau ada soalan lagi, klik saja di sini untuk baca artikel lain atau hubungi kami.

Mengapakah Ramai Bangsa- Bangsa Diluar Dari Kepercayaan Umat Kristian Akan Bertanya Tentang Tuhan Itu Tiga, Konsep Tri-Tungal & Bermacam-Macam Lagi Tentang Tuhan Mengikut Apa Yang Mereka Percaya Sedangkan Umat Kristian Percaya Tuhan Mereka Adalah Esa.

Pertama kali ingin dijelaskan berkenaan pemahaman tentang Tuhan atau mengenal Tuhan bukan sekadar jawapan YA atau TIDAK dan juga mendengar penerangan atau jawapan seseorang hanya dalam 1 jam. Sebenarnya kita tidak akan boleh memahami Tuhan dalam masa 1 atau 2 jam apatah lagi mengenalNya. Mustahil! Jika Tuhan itu senang difahami maka Dia bukanlah Tuhan. Memang ada orang yang kita kenal selain dari Nabi dan Rasul yang mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya bukan hanya tahu Tuhan itu siapa. Kadang- kadang mereka yang mengatakan mereka mengenal Tuhan dalam masa singkat tapi itu hanya mengikut kepercayaan mereka dan bukan Tuhan umat Kristian.

Kita mesti jelas tentang memahami dan mengenal Tuhan kerana dua perkara ini memang jauh berbeza. Contohnya, adakah anda mengenal Presiden Indonesia yang ke-7 iaitu Joko Widodo? Sesetengah dari kita mengenali beliau dari pembacaan autobiografi, Wikipedia dan sebagainya tetapi jarang sekali kita mendengar orang yang mengenali beliau pernah jumpa atau hidup bersama beliau. Ini dua perbezaan yang perlu kita tahu kerana ia amat penting dalam mengenal Tuhan.

Kita tidak mungkin mengenal Tuhan tanpa merasai kehadiran Tuhan dalam hidup kita sehari- hari. Sebab ada perbezaan kehidupan manusia yang mengenal Tuhan dengan manusia yang tidak mengenal Tuhan.Mereka saling berlawanan antara satu sama lain walaupun dari segi ilmunya lebih kurang sama tetapi jauh berbeza.

Manusia sukar untuk mengenal Tuhan sebenar-benarnya tetapi itu tidaklah mustahil bagi mereka yang mencari Dia dengan sesungguhnya, Tuhan berfirman:

Yesaya 55:8-9

‘“Sesungguhnya, rancangan-Ku bukanlah rancanganmu dan jalanmu bukanlah jalan-Ku,” demikianlah firman TUHAN. “Setinggi langit di atas bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku daripada jalanmu dan rancangan-Ku daripada rancanganmu. ‘

1 Korintus 2:14

‘Orang yang tidak mempunyai Roh Allah tidak dapat menerima hal-hal daripada Roh Allah, kerana dia menganggap hal-hal itu kebodohan semata-mata, dan dia tidak dapat memahaminya, disebabkan hal-hal itu hanya dapat dinilai secara rohani. ‘

Kedua ayat ini menyatakan Kebijaksaan, Rencana & Kuasa Allah tidak akan terjangkau oleh fikiran manusia. Hanya dengan iman dan orang yang hidup secara rohani yang dapat memahami Tuhan yang sebenarnya. Disini kita mesti mengerti dan hidup dalam roh dahulu untuk mengenal Dia. Kita takkan mengenal Tuhan dengan hidup hanya dalam darah dan daging. Sebab dengan roh memberi kita hidup.

Yohanes 6:63

‘Hanya Roh memberi hidup. Tubuh tidak ada faedahnya. Apa yang Kukatakan kepadamu ini datang daripada Roh dan memberi hidup. ‘

Jadi apakah Tuhan umat Kristian adalah Esa?

Jawapannya ada di dalam kitab – kitab umat Kristian sendiri dan juga jika ditanya mengenai Tuhan Itu Tiga kepada mereka yang benar- benar mengenal Tuhan, mereka akan memberikan jawapan ESA bukan dua atau tiga Tuhan seperti yang orang lain percaya.

Ulangan 6:4

‘ Dengarlah, hai orang Israel: Tuhan itu Allah kita, Tuhan itu esa! ‘

Keluaran 20:1-2,4

‘ Lalu Allah mengucapkan segala firman ini: ”Akulah Tuhan , Allahmu, yang membawa engkau keluar dari tanah Mesir, dari tempat perbudakan. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apa pun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. ‘

Markus 12:28-30

‘Lalu seorang ahli Taurat, yang mendengar Yesus dan orang-orang Saduki bersoal jawab dan tahu, bahwa Yesus memberi jawab yang tepat kepada orang-orang itu, datang kepada-Nya dan bertanya: ”Hukum manakah yang paling utama?” Jawab Yesus: ”Hukum yang terutama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu dan dengan segenap kekuatanmu. Dan hukum yang kedua ialah: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri

Banyak lagi ayat- ayat Al Kitab tentang Allah Itu Esa tetapi bagaimana ia telah disalahtafsir?

Mudah untuk kita tahu bagaimana ia boleh disalahtafsirkan. Itu semua andaian bagi mereka yang tidak faham isi Al Kitab yang sebenarnya. Mereka hanya membaca tetapi bukan untuk mencari kebenarannya tetapi membaca untuk mencari kesalahan maka salah yang akan mereka temui.

Salah satu disiplin memahami sebuah buku atau kitab ialah membaca keseluruhannya bukan hanya mengambil beberapa potong ayat atau perenggan dan terus membuat andaian tentang apa yang ingin disampaikan oleh penulis buku tersebut. Begitu juga dengan Al Kitab, seseorang perlu membaca keseluruhan kitab dengan sabar dan belajar dari seorang yang benar- benar faham akan isinya. Bukan hanya tahu kulit ceritanya sahaja.

Jadi, dimanakah firman Tuhan tentang Allah Itu 3 Dalam 1 atau Tri-Tunggal?

Hanya 2 ayat!

Yang PERTAMA: Kejadian 1:26

‘ Berfirmanlah Allah, “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambaran dan rupa Kita. Mereka akan berkuasa atas ikan-ikan di laut dan atas burung-burung di udara dan atas ternakan dan atas seluruh bumi dan atas segala jenis binatang melata yang merayap di muka bumi.” ‘

dan;

Yang KEDUA: Matius 28:19

‘Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus. ‘

Bolehkah seseorang mengandaikan keseluruhan tentang Tuhan dengan hanya 2 Ayat ini dan menjadikan Tuhan umat Kristian TIDAK ESA? Semestinya tidak.

Apa saja andaian tentang Tuhan tidak boleh bersandarkan kepada ayat ini sahaja, ia mestilah bersandarkan kepada keseluruhan Al Kitab. Perbandingan yang adil adalah ayat- ayat keesaan Allah itu lebih banyak dari ayat Allah itu TIGA atau Tri-Tunggal. Samada itu adalah salahtafsiran atau kurang pemahaman saudara- saudara yang membaca perlu disemak semula dengan lebih teliti tetapi itulah JAWAPANNYA.

Pengakuan orang- orang Kristian yang berdebat tentang Tri-Tungal dan perkara- perkara yang berkaitan dengannya perlu diperhalusi dengan bersandarkan ayat Al Kitab bukan hanya andaian dan kepercayaan mereka yang membabi buta. Maksudnya disini, mereka perlu jelaskan dahulu tentang keesaan Tuhan itu sendiri kerana penjelasan yang tidak berlandaskan ayat Al Kitab akan menambahkan kekeliruan dan juga kekalutan fikiran orang yang mendengarnya.

Kesimpulannya disini, dapat dinilai dari sudut tafsiran Al Kitab itu sendiri bahawa Allah Itu sentiasa ESA, dari permulaan zaman, hari ini dan selama-lamanya. DIA tidak pernah berubah. Seperti dalam Firman-Nya;

MALEAKHI 3:6

‘“Akulah TUHAN; Aku tidak berubah. Oleh itu kamu, keturunan Yakub, tidak dibinasakan sama sekali. ‘

YAKOBUS 1:17

Setiap artikel dan ringkasan topik yang kami kongsikan disini, adalah bersifat ringkasan mudah dan bukannya lengkap sepertimana seorang Profesor yang menulis sebuah tesis, itupun ada juga kekurangannya. Sebarang kekurangan ini kami harap para pembaca dapat mencari jawapan dengan doa dan memohon agar Tuhan membuka jalan untuk menemui kebenaran,

‘Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya dari syurga dan diturunkan oleh Allah, Pencipta semua cahaya di langit. Dia Allah yang tidak berubah, dan Dia tidak menyebabkan kegelapan apa pun. ‘

Tuhan tidak akan berfirman dengan sia-sia. DIa bukanlah manusia seperti andaian mereka yang kurang faham isi Al Kitab. Sekiranya ada yang mengatakan bahawa Tuhan umat Kristian adalah TIGA perlu dijelaskan bahawa sebenarnya BUKAN TIGA tetapi lebih dari SEPULUH kerana apa yang Tuhan nyatakan didalam Al Kitab merupakan KATA NAMA ataupun FUNGSI bagi setiap nama itu bukan bermakna SATU NAMA itu SATU TUHAN.

Al Kitab memberikan kita nama- nama Tuhan yang jarang orang dengar iaitu;

  1. YAHWEH

( Aku Adalah Aku )

  1. ELOHIM

( Maha Agung, Maha Kuasa,Maha Pencipta )

  1. EL- SHADAI

( Tuhan Yang Maha Berkuasa )

  1. ADONAI

( Tuhan Segala tuhan )

  1. JEHOVAH JIREH

( Tuhan Penyedia, Memberikan Keperluan Zahir Dan Batin )

  1. JEHOVAH RAPHA

( Tuhan Penyembuh )

  1. JEHOVAH SHALOM

( Tuhan Yang Damai, mambawa kedamaian )

  1. JEHOVAH NISSI

( Tuhan Sumber Kemenangan )

  1. EL- ELYON

( Tuhan Maha Tinggi )

  1. Tuhan Bapa

( Hanya manusia yang faham PERANAN BAPA kerana ia lebih mudah difahami)

Ini bukan bermaksud Bapa itu telah berhubungan badan dan melahirkan kita!

.., dan ada banyak lagi nama yang Tuhan gunakan untuk memberitahu manusia tentang keberadaan Dia dan juga peranan-Nya melalui nama-nama yang dekat dengan hidup manusia. Manusia tidak akan faham tentang Tuhan tanpa mengunakan contoh- contoh yang dekat dengan diri manusia itu sendiri. Itulah sebabnya nama- nama ini digunakan bukan untuk menunjukkan jumlah Tuhan tetapi PERANAN-NYA. Jika ada yang tertanya-tanya tentang Yesus sebagai Tuhan Anak itu telah kami sediakan dalam topik yang lain kerana ia lebih panjang dan memerlukan penjelasan yang lebih jelas.

kerna KEBENARAN ITULAH YANG AKAN MEMBEBASKAN KITA.

DISCLAIMER:

Perlu juga kita fahami, KEPERCAYAAN & KEIMANAN setiap insan itu berbeza walaupun sesama agama apatah lagi berlainan agama dan kitab. Apa yang dijelaskan disini adalah dari sudut pandangan dan kepercayaan kami bukan untuk berdebat atau mencari siapa yang betul atau salah tetapi cuma menjelaskan perkara ini dari sudut pandangan dan kepercayaan kami. Terpulang pada pembaca menilai sendiri apa yang dibaca. Tiada paksaan untuk mempercayai apa yang kami percaya. Semua itu adalah pilihan dan hak diri sendiri.

Have a story we could feature?

Is God doing something incredible in your community? We’d love to hear from you.

Share a Story

© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy

Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.

waha

© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy

Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.