Di manakah Yesus berkata “Akulah Allah, Sembahlah Aku”?

Discovering God

Di manakah Yesus berkata “Akulah Allah, Sembahlah Aku”?

Sun May 17 2026

Kalau ada soalan lagi, klik saja di sini untuk baca artikel lain atau hubungi kami.

Pengenalan ;

Kenyataan Yesus adalah Allah atau bukan Allah, tidak hanya dapat dinilai dari perkataan “Akulah Allah, Sembahlah Aku” di dalam Alkitab tetapi dengan pengakuan- pengakuan lain tentang siapa Yesus dan apa yang dia lakukan hanya boleh dilakukan oleh Allah sahaja.

Gelaran yang mulia diberikan kepada Allah juga merujuk kepada Yesus

  1. Yesus adalah “yang pertama dan yang terakhir”, sama dengan Allah – Yesaya 44: 6 dibandingkan dengan Wahyu 1:17; 22:13
  2. Yesus adalah “TUHAN segala tuhan” sama dengan Allah – Ulangan 10:17 bandingkan dengan Wahyu 19:16
  3. Yesus dirujuk sebagai “Penebus” sama dengan Allah Israel – Lukas 1:68 dibandingkan dengan Yesaya 41:14

Yesus membuat pengakuan yang hanya boleh dibuat oleh Allah

  1. “Akulah Jalan, Kebenaran dan Hidup” – Yohanes 14:6
  2. Yesus ialah Cahaya – Yohanes 8:12 dibandingkan dengan Yesaya 60:19-20
  3. Yesus adalah Tuhan atas hari Sabat bahawa Dia sama dengan Allah – Markus 2:28 dibandingkan dengan Keluaran 20:10
  4. Pra-kewujudan Yesus dan Dia turun dari syurga – Yohanes 1:1-3; 3:13; 6:38, 17:5
  5. Yesus dan Bapa adalah satu dan Dia menyamakan diri dengan Bapa – Yohanes 10:30-33; 5:17-18

Yesus membawa gelaran yang bersifat KeIlahian: Mesias, Anak Allah dan Anak Manusia:

  1. Yesus berkatanya,”Akulah AKU” iaitu nama Allah “YHWH” (Yahweh) dan oleh itu, Dia adalah kekal – Keluaran 3:14 dibandingkan dengan Yohanes 8:58; Markus 1: 1-3 dan Yesaya 40: 3
  2. Yesus mengatakan bahawa Dia adalah Mesias, Anak Allah dan Anak Manusia – Matius 26:62-65
  3. Mesias yang diurapi – Yesaya 61:1
  4. Anak Manusia yang merupakan Allah – Daniel 7:13-14; John 3:13
  5. Anak Allah (Anak Tunggal Allah) – Yohanes 1:34; 3:18; 3:36; 10:36, 20:31 Matius 8:29; 11:27; 14:33, 16:16 Lukas 10:22.

Yesus melakukan perkara- perkara yang hanya ALLAH boleh melakukannya:

  1. Dia mengampunkan dosa–Markus 2:8-12
  2. Dia menghidupkan orang mati, melakukan mukjizat, menyembuhkan penyakit dan orang buta, mengusir setan– ada banyak ayat dalam Injil yang memberi kesaksian tentang perbuatan ajaib yang Yesus lakukan. Mukjizat seperti ini belum pernah dilakukan oleh sesiapa pun kecuali Yesus.
  3. Dia berkuasa memberi perintah atas alam dan dunia fizikal–Yohanes 2: 9-11 ( Mengubah air menjadi minuman anggur );Lukas 8: 23-25 (Menenangkan badai besar di lautan );Markus 6: 41-44 ( Memberi makanan kepada 5,000 orang dengan hanya menggunakan lima biji roti dan dua ekor ikan )
  4. Dia mempunyai kuasa pada Hari Pembalasan untuk menghukumkan bangsa-bangsa– Matius 25:31-46

Yesus menerima sembahan dari orang yang percaya kepadanya:

  1. Matius 2:2, 14:33, 15:25, 28:9 dan Yohanes 9:35-38.
  2. Yohanes 20:28 ( Thomas menyatakan bahawa Yesus sebagai “TUHANKU dan Allahku”)

Kesimpulan:

Ketuhanan Yesus tidak dapat dinafikan lagi bagi umat Kristian dan Dia di dalam Allah dan Allah di dalam Dia telah diterima oleh jiwa- jiwa yang percaya kepadaNya dan Allah adalah SATU( Yohanes 14:9-10).Bukti bahawa Yesus adalah Allah berasal dari sifat ketuhanan-Nya, kekuasaan-Nya dan kewibawaan-Nya dan perbuatan-Nya; semua itu hanya dimiliki oleh Allah dan hanya Allah yang dapat melakukannya. Ketuhanannya tidak hanya bersandarkan pada pengakuan “Akulah Allah, Sembahlah Aku”. Perkataan ini akan bertentangan dengan kata- kata-Nya sendiri iaitu di dalam Keluaran 20:1-7, “Jangan menyembah tuhan lain selain Aku”. Yang membawa maksud dia pada waktu itu adalah manusia dan hanya orang yang percaya dapat mengenal Dia dan firman-Nya.

DISCLAIMER:

Perlu juga kita fahami, KEPERCAYAAN & KEIMANAN setiap insan itu berbeza walaupun sesama agama apatah lagi berlainan agama dan kitab. Apa yang dijelaskan disini adalah dari sudut pandangan dan kepercayaan kami bukan untuk berdebat atau mencari siapa yang betul atau salah tetapi cuma menjelaskan perkara ini dari sudut pandangan dan kepercayaan kami. Terpulang pada pembaca menilai sendiri apa yang dibaca. Tiada paksaan untuk mempercayai apa yang kami percaya. Semua itu adalah plihan dan hak diri sendiri.

Semoga bermanfaat. Terima kasih

Have a story we could feature?

Is God doing something incredible in your community? We’d love to hear from you.

Share a Story

© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy

Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.

waha

© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy

Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.