Fri Apr 17 2026
Kalau ada soalan lagi, klik saja di sini untuk baca artikel lain atau hubungi kami.
Umat Islam mendakwa bahawa Isa dalam Al-Quran merujuk kepada Yesus dalam Alkitab. Isa disebut sebanyak 93 kali dalam 15 ayat dalam Al-Quran dan dihormati oleh umat Islam sebagai seorang Rasul dan nabi Allah yang mempunyai sifat-sifat unik yang tidak terdapat pada nabi-nabi lain. Dalam dakwah mereka kepada orang Kristian, mereka menyatakan cinta mereka kepada Yesus dan oleh itu memeluk Islam tidak memerlukan orang Kristian untuk menafikan Yesus tetapi memeluk Yesus dalam Islam yang mereka anggap sama dengan Yesus dalam alkitab. Dalam risalah kepada orang Kristian, ia menyatakan “Mengakui Yesus sebagai nabi Tuhan dan menjadi seorang Muslim tidak bermakna menukar atau kehilangan identiti Kristian anda. Ia adalah tentang kembali kepada ajaran asal dan murni Yesus”. Adakah ini benar?
Oleh itu, persoalan utama ialah sama ada Yesus dalam bible adalah sama dengan Isa dalam Islam? Mari kita meneliti perkara ini.
Nama seseorang adalah mustahak kerana ia memberikan identiti orang itu dan apa yang diwakilinya. Nama “Yesus” adalah transliterasi nama “Yahshua” dalam bahasa Ibrani yang bermaksud Yahweh Menyelamatkan, Yahweh adalah nama perjanjian Allah dalam Alkitab (Keluaran 3:14-15).
Dalam Al-Quran, perwakilan Muslim tentang Yesus adalah “Isa” yang tidak dijelaskan maknanya dan tidak juga merujuk kepada Jesus dalam bahasa Arab kerana orang Kristian Arab merujuk Yesus sebagai “Yasu” yang berkait rapat dengan “Yahshua”. Jadi, siapakah Isa?
Nama Yahshua menandakan misi penyelamatan Yesus sebagai Al Maseh untuk menyelamatkan orang daripada dosa mereka dan berdamai dengan Tuhan dan penyelamatan hanya dalam nama Yesus. (Kis. 4:12) Tiada maksud yang tersirat sedemikian wujud dalam nama “Isa”.
“Islam” menafikan ketuhanan Yesus sebagai Tuhan dan menyatakan bahawa dia dicipta sebagai manusia seperti Adam
(Quran 3:59). Sesungguhnya perumpamaan (penciptaan) Isa bagi Allah, seperti (penciptaan) Adam. Dia menciptakannya dari tanah, kemudian Dia berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
Sebaliknya, keilahian Yahshua dinyatakan dengan terang dalam Alkitab tentang asal-usul-Nya sebagai Firman Tuhan yang menjadi manusia. Ketuhanan-Nya dibuktikan oleh prerogatif ilahi-Nya bahawa dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan orang mati, mengubati orang sakit, menyembuhkan orang cacat dan melakukan mukjizat, mengusir syaitan dan berkuasa ke atas alam roh dan alam semesta fizikal.
Tambahan pula, dia mempunyai kuasa dan kewibawaan yang hanya ada pada Allah, seperti:
• Untuk mengampuni dosa
• Dia mendakwa dia adalah satu dengan Allah dan sama dengan-Nya.
• Dia mempunyai komunikasi langsung dengan Allah Bapa.
• Dia mempunyai kuasa ke atas hari Sabat dan kematian.
• Dia layak disembah dan menerima penyembahan.
• Syaitan pun mengenali ketuhanannya.
Walaupun Al-Quran tidak menafikan Yesus boleh melakukan mukjizat, tetapi Yesus (Isa) Islam tidak mempunyai hak ketuhanan yang sama seperti yang diterangkan di atas.
Dalam Islam, Isa digambarkan sebagai seorang rasul dan nabi,
(Quran 61:6)
Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”
dan hamba Allah
(Quran 19:39) Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.
tetapi bukan Anak Allah.
( Lukas 1:35 ) Malaikat itu menjawabnya, “Roh Kudus akan turun ke atasmu, dan kuasa Yang Maha Tinggi akan menaungimu. Oleh itu, anak suci yang akan dilahirkan itu akan digelar Anak Allah”
Yesus sering menyebut dirinya sebagai “Anak Manusia”, merujuk kepada gelaran ilahi yang sama dalam Daniel 7:13 dan dalam Markus 14:62 – Yesus berkata, “Akulah. Dan kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Maha Kuasa dan datang dalam awan di langit.”
Oleh itu, Yesus bukan Isa.
Yahweh gelaran bagi Tuhan didalam Al Kitab berjanji untuk menebus manusia daripada dosa mereka dan berdamai dengan-Nya melalui kedatangan Al Maseh. Perjanjian ini telah dicapai secara progresif sehingga pengenapan Perjanjian Baru di mana pengantara dan wakilnya ialah Yesus Kristus dari Nazaret. Pengenapan ini dibuat melalui kematian Yesus sebagai korban di kayu salib untuk menebus dosa manusia dan kebangkitan yang membawa manusia kepada hidup yang kekal selepas kematian.
Sebaliknya, Al-Quran menafikan kematian korban Isa dengan menyatakan bahawa orang lain dijadikan sebagai pengganti Isa.
(Quran 4:157) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
Dan oleh itu, tidak ada kebangkitan tetapi sebaliknya Isa telah diangkat oleh Allah dan akan kembali pada Hari Kiamat melawan Dajjal (Anti-Kristus).
(Quran 3 :55) (Ingatlah), ketika Allah berfirman, “Wahai Isa! Aku mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku, serta menyucikanmu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutimu di atas orang-orang yang kafir hingga hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku engkau kembali, lalu Aku beri keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan.”
Percanggahan ini adalah satu lagi bukti bahawa Isa Al-Quran bukanlah Yesus dari Nazareth di dalam Alkitab.
Menurut agama Islam, Nabi Isa yang diangkat oleh Allah akan kembali pada akhir zaman – Hari Kebangkitan. Dia akan membunuh Dajjal (Anti-Kristus). Dia akan membatalkan agama Kristian dan penyaliban-Nya juga seperti yang dinyatakan dalam Sahih al-Bukhari 2476: “Rasulullah bersabda, “Kiamat tidak akan berlaku sehingga anak Maryam (iaitu Isa) turun di antara kamu sebagai pemerintah yang adil, dia akan memecahkansalib, membunuh babi-babi, dan menghapuskan cukai Jizyah. Wang akan melimpah ruah sehingga tidak ada yang menerimanya (sebagai hadiah amal).”
Sedangkan dalam Al-Kitab menyatakan Yesus Kristus akan datang kedua kalinya sebagai Hakim yang menghakimi dosa manusia.
Perkara di atas telah memberikan naratif yang bercanggah dengan jelas tentang peribadi Yesus dan karya-karya_Nya apabila perbandingan dibuat antara Alkitab dan Al-Quran. Terdapat banyak lagi percanggahan. Oleh itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa Yesus dalam Alkitab bukanlah Isa dalam Al-Quran. Jadi, apabila umat Islam mengisytiharkan bahawa mereka juga mengasihi Yesus, persoalannya ialah kasih mereka kepada Yesus yang berbeza dipanggil Nabi Isa.
Respons yang sesuai oleh orang Kristian adalah bertanya kepada orang Islam dengan soalan “Mengapa anda mengasihi Yesus?” dan “Apakah yang Yesus lakukan untuk anda membuat anda mengasihi Dia?” Isu ini menjadi lebih jelas apabila anda membandingkan jawapan mereka dengan jawapan anda sendiri berdasarkan keyakinan anda sendiri tentang penyelamatan melalui iman kepada Yesus Kristus dari Nazareth yang mati untuk penyelamatan dan pendamaian kita.
Have a story we could feature?
Is God doing something incredible in your community? We’d love to hear from you.
Share a Story© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy
Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.
© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy
Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.