Wed May 13 2026
Kalau ada soalan lagi, klik saja di sini untuk baca artikel lain atau hubungi kami.
Sebelum kita jelaskan tentang perkara ini, kita terlebih dahulu harus faham maksud Perjanjian Lama & Perjanjian Baru dalam kepercayaan umat Kristian.
Secara ringkasnya, Perjanjian Baru adalah Perjanjian yang telah dibuat beribu tahun sebelum kedatangan Yesus.Bermula di zaman Adam, Nuh, Yesaya, Yeremiah dan pada nabi- nabi lain juga. Sebelum itu telah ada Perjanjian Lama iaitu Perjanjian antara Allah dan Musa. Itulah Hukum Taurat. Kitab Keluaran 34: 27-28. Tetapi setelah umat Israel melanggar Hukum Taurat, Allah telah membuat Perjanjian Baru iaitu dengan kedatangan Yesus sebagai Perjanjian Baru serta mengenapi Hukum Taurat.
‘ Lihatlah, akan tiba harinya,” firman TUHAN, “apabila Aku membuat perjanjian baru dengan keturunan kaum Israel dan keturunan kaum Yehuda. Tidak seperti perjanjian yang telah Kubuat dengan nenek moyang mereka ketika Aku membimbing tangan mereka untuk membawa mereka keluar dari Tanah Mesir. Perjanjian-Ku itu telah diingkari mereka, sungguhpun Aku ini seperti suami bagi mereka,” demikianlah firman TUHAN. “Inilah perjanjian yang akan Kubuat dengan keturunan kaum Israel selepas zaman itu,” TUHAN berfirman, “Aku akan meletakkan hukum-Ku dalam fikiran mereka dan menuliskannya dalam hati mereka. Aku akan menjadi Allah mereka dan mereka akan menjadi umat-Ku. Tiada seorang pun daripada mereka akan mengajar jirannya atau saudaranya dengan berkata, ‘Kenalilah TUHAN,’ kerana semuanya, daripada yang terkecil kepada yang terbesar, akan mengenal Aku,” demikianlah firman TUHAN. “Aku akan mengampunkan kesalahan mereka dan tidak akan mengingati dosa mereka lagi.” ‘
Disini kita perlu faham Allah bukan lemah sehingga Dia tidak tahu akan pelanggaran umat Israel ini tetapi Dia sudah tahu dan telah merencanakan Perjanjian Baru ini sebelum bermulanya zaman. Al-Quran juga menyebutkan wahyu terdahulu yang telah diberikan oleh Tuhan kepada Ahli Kitab iaitu orang Yahudi dan Nasrani. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Surah 5: 43-44. Kitab Taurat telah diturunkan kepada orang Yahudi sebagai panduan dan jalan hidup serta mereka akan diadili mengikut Hukum Taurat yang diberikan Tuhan itu.
Perjanjian Baru atau Injil pula diberikan kepada umat Kristian sebagai panduan dan cahaya kepada mereka serta kedatangan Yesus untuk mengenapi Hukum Taurat. Surah 5: 46-48. Juga bisa disemak di Matius 5: 17-18.
Selanjutnya, kita boleh melihat Surah 5:68 bermaksud: Katakanlah , “ Wahai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikit pun sehingga kamu menegakkan ajaran Taurat, Injil dan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu”. Di sini mereka diperintahkan untuk menegakkan semua yang telah diturunkan kepada mereka dan dengan ini kita bisa simpulkan bahawa kitab- kitab ini mempunyai kesahihan dan mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Ini juga membenarkan kitab Taurat, Zabur dan Injil seperti Firman Allah di dalam Al –Quran Surah 10:94, “ Oleh itu, sekiranya engkau ( wahai Muhammad ) merasa ragu- ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang- orang yang membaca kitab- kitab terdahulu (kerana mereka mengetahui kebenarannya)”.
Sekiranya Nabi Muhammad sendiri diperintahkan sedemikian, maka kita boleh menerima bahawa Kitab- kitab terdahulu iaitu Taurat, Zabur dan Injil adalah benar dan ia membenarkan kebenaran wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad tanpa ragu- ragu. Ini juga memperlihatkan kepada kita di zaman Nabi Muhammad Allah tidak mencegah perbincangan atau mempelajari tentang kitab- kitab terdahulu.
Tidak perlu kita bahaskan di sini jika kitab- kitab terdahulu diubah dan mempunyai kesalahan seperti yang selalu ditohmahkan. Ia akan membawa kepada perbalahan yang tidak akan selesai. Sekadar perkongsian dalam mencari kebenaran perlu ada ketulusan atas diri sendiri. Sebenarnya ia bergantung kepada seseorang itu di dalam mencari kebenaran. Kita akan membahasnya pada masa yang akan datang.
Sekiranya kita mencari kesilapan atas sesuatu itu maka kesilapan dan kesalahan yang akan kita jumpa tetapi jika kita mencari kebenaran maka kebenaran yang akan muncul.
Sebenarnya, perubahan atau kata diubah ini adalah hanya perubahan dari segi terjemahan sahaja mengikut bahasa masing- masing tetapi dari segi makna ia tetap sama. Kita sebenarnya boleh melihat Kitab Taurat yang asli dalam bahasa Ibrani dan juga kitab Injil asli dalam bahasa Greek di beberapa muzium Timur Tengah yang disimpan dan dipelihara selama lebih 2000 tahun lamanya.
Kesimpulannya, kita boleh tidak bisa mempelajari kebohongan yang terlalu banyak tetapi kita boleh belajar tentang kebenaran dan dengan kebenaran itu akan memberikan kita jalan dalam menilai sesebuah kebohongan.
Seperti jawapan Yesus kepada Tomas dalam Yohanes 14:6, “ Akulah jalan, kebenaran dan hidup. Tiada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa kecuali melalui -Ku”.
DISCLAIMER: Perlu juga kita fahami, KEPERCAYAAN & KEIMANAN setiap insan itu berbeza walaupun sesama agama apatah lagi berlainan agama dan kitab. Apa yang dijelaskan disini adalah dari sudut pandangan dan kepercayaan kami bukan untuk berdebat atau mencari siapa yang betul atau salah tetapi cuma menjelaskan perkara ini dari sudut pandangan dan kepercayaan kami. Terpulang pada pembaca menilai sendiri apa yang dibaca. Tiada paksaan untuk mempercayai apa yang kami percaya. Semua itu adalah pilihan dan hak diri sendiri.
Semoga bermanfaat. Terima kasih
Have a story we could feature?
Is God doing something incredible in your community? We’d love to hear from you.
Share a Story© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy
Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.
© 2026 Waha. All rights reserved. Privacy Policy
Waha is a registered 501(c)3 non-profit registered in the State of Washington, 35-2894107.